Ibadah qurban merupakan satu ibadah Sunnah muakkad yang amat mulia dan sangat dituntut oleh-NYA. Pelaksanaan ibadah qurban terkandung 1001 hikmah dan fadhilat. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Ianya berdasarkan firman Allah S.W.T.
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
(Surah Al-Kauthar: 2)
“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.”
(Surah Al-Hajj: 34)

Mengapa pilih MRA?

Tunggu apa lagi?

Rebutlah peluang dalam menjalani ibadah Qurban bersama Malaysian Relief Agency dengan serendah RM220 sahaja untuk 1 bahagian qurban. Semoga Allah berkati setiap satu amalan kita.

Data Qurban Terbaik MRA

2021 - 2023

MRA telah melaksanakan ibadah Qurban Terbaik sejak tahun 2010. MRA terus mendapat sokongan awam dan korporat dalam menjalankan ibadah qurban dan aqiqah saban tahun. Ini dibuktikan dengan peningkatan yang ketara sejak 3 tahun kebelakangan mulai tahun 2019.

RM

1,455,233.20

1442H/2021 : 5,642 Bahagian

RM

1,432,981.34

1443H/2022 : 4,849 BAHAGIAN

RM

419,852.15

1444H/2023 : 1,748 Bahagian

Qurban & Aqiqah

Pakej

Pada tahun ini, MRA telah menawarkan sebanyak 6 pakej di 10 negara termasuk India, Somalia, Afghanistan, Bangladesh, Myanmar, Sudan, Yaman, Syria, Palestin dan juga Malaysia sendiri. Di Malaysia, ibadah qurban akan dilaksanakan di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. MRA menawarkan pakej qurban serendah RM220 sahaja bagi satu bahagian qurban di India. Bagi ibadah aqiqah pula, MRA menawarkan pakej aqiqah serendah RM450 di Somalia.
Pakej Qurban / AqiqahNegaraHarga / Bahagian
Qurban AIndiaRM 220
Qurban BSomaliaRM 350
Qurban CAfghanistanRM 700
Bangladesh
Myanmar
Sudan
Yaman
Thailand
Qurban DMalaysiaRM 850
Qurban EPalestin
(Canned Qurban)
RM 900
Qurban FSyriaRM 1300
Aqiqah ASomaliaRM 450

Daftar Penyertaan

Ayuh, laksanakan ibadah qurban dan aqiqah anda bersama Malaysian Relief Agency. Ibadah qurban anda kami akan sampaikan kepada mereka yang memerlukan di dalam dan di luar negara.

Anda boleh terus membuat pembayaran melalui akaun rasmi Malaysian Relief Agency seperti di bawah :

 

5640 9820 8020

Malaysian Relief Agency

Rujukan : Qurban (Negara)

Selepas pembayaran dibuat, sila hantarkan bukti pembayaran serta butiran berikut kepada Whatsapp MRA (016-334 1672):

  1. Nama pakej qurban/aqiqah & negara
  2. Bilangan bahagian qurban/aqiqah
  3. Senarai nama peserta qurban/aqiqah

Atau, anda juga boleh membuat pilihan pembayaran melalui pautan di bawah : 

Pakej Qurban :

Pakej Aqiqah :

MAKLUMAT PENTING!

Selepas pembayaran dibuat, sila hantarkan bukti pembayaran serta butiran berikut kepada Whatsapp MRA (016-334 1672) :

1- Nama pakej qurban/aqiqah & negara

2- Bilangan bahagian qurban/aqiqah

3- Senarai nama peserta qurban/aqiqah

Bacaan akad ibadah Qurban Terbaik MRA 1445H/2024 adalah seperti berikut :

“Saya mewakilkan kepada Malaysian Relief Agency atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Qurban bagi diri saya / penama-penama bagi tahun 1445H/2024 kerana Allah S.W.T. Saya juga mengizinkan agar sebahagian daripada wang tersebut digunakan sebagai kos pengurusan kepada MRA dalam melaksanakan ibadah Qurban ini.”

Tarikh Tutup Penyertaan

10 JUN 2024 (ISNIN)

*Tertakluk kepada bahagian QURBAN/AQIQAH yang masih dibuka

``Sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat kepada yang lain``

Malaysian Relief Agency (MRA) adalah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (PPAB 20/2010) bertujuan membantu mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara akibat daripada bencana alam dan konflik. Sebagai sebuah organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan, segala aktiviti yang dijalankan adalah hasil sumbangan dan sokongan dari individu dan badan korporat yang prihatin. Pada tahun 2014, MRA telah menerima status badan perunding dalam Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (UN-ECOSOC). Pada tahun 2017, MRA diterima sebagai Ahli Bersekutu Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA).